Berikut adalah Terma & Syarat yang digariskan oleh GREEN APRICOT RESOURCES.
Untuk Tempahan :
1) Tempahan siap dalam 2-3 minggu.
2) Pelanggan boleh ukur badan atau hantar baju contoh. Baju yang telah siap, boleh diubah (alter) mengikut keselesaan.
Untuk Baju siap / Readymade :
1) Hanya untuk Serious Buyer.
2) Setelah pelanggan membuat pilihan, masa tempahan diberikan selama 1 hari (24jam). Pembayaran hendaklah dibuat dlm tempoh tersebut. Selepas 24jam, pihak kami akan membuka semula jualan untuk item tersebut.
3) Barangan tidak boleh dibatalkan sekiranya anda telah membuat bayaran.
4) Harga yang dipamerkan tidak termasuk kos penghantaran. Sekiranya telah termasuk kos penghantaran, akan ditulis FREE POSTAGE
5) Penukaran item/barang hanya boleh dibuat jika barang anda:
- rosak (benang tercabut, jahitan tertetas, koyak) atau pihak GreenApricot tersalah pos barang. Jika ini berlaku, kos pos
pembeli ke kami dan kos pos kami ke pembeli semula akan ditanggung oleh pihak kami. Pembeli perlu mengambil gambar
kerosakan tersebut dan emelkan kepada kami di noranaufal@gmail.com dalam masa 2 hari dari tarikh penerimaan. Pos barang
dalam masa 5 hari. Setelah 5 hari, tiada pemulangan barangan dibenarkan.
- saiz tidak muat atau terlalu besar atau saiz terlalu kecil (bergantung kepada availiti stok pada masa itu). Segala kos pos perlu ditanggung oleh pihak pembeli.Ini disebabkan pembeli yang memilih saiz itu dan kami mengandaikan pembeli membuat pilihan saiz berdasarkan ukuran yang telah diberikan.
6) Item/barang yang dijual tidak boleh ditukar dengan alasan "Tidak Sesuai" dengan anda.
7) Warna gambar item adakala kurang tepat atas beberapa faktor seperti editing & setting komputer,jadi kami akan maklumkan warna gambar yg tepat pada kod setiap item, oleh itu pertukaran kerana tersalah warna tidak dibenarkan.
8) Pihak GreenApricot menggunakan Khidmat POSLAJU Malaysia dan mengambil masa dari 1-3 hari bekerja untuk sampai. PASTIKAN alamat penghantaran yang anda masukkan semasa membuat pesanan, "ada orang" yang akan mengambil pesanan tersebut. Jika tidak, anda perlu mengambil pesanan anda di pusat pos laju berdekatan alamat yang anda berikan. Sekiranya parcel anda tidak diambil dalam masa 14 hari di pusat poslaju, parcel anda akan dipulangkan semula kpd kami. JIKA INI BERLAKU, anda MESTI membayar lagi kos penghantaran semula kepada pihak kami untuk kami pos semula pesanan anda.
Terma Dan Syarat
Posted on
by Green Apricot
0 comments Filed Under: | Continue>>>
Subscribe to:
Posts (Atom)